Khamis, 18 Februari 2016

Perniagaan Best Mobile satu Scam

Perniagaan BestMobile merupakan perniagaan top-up yang hangat2 tahi ayam. Pada mulanya saya diyakinkan bahawa perniagaan ini adalah perniagaan yg terbaik dan terkini berbanding dgn ToneExcel yg telah berjaya melahirkan ramai Usahawan top up.

Sahabat karib saya yg merupakan seorang Kontraktor telah memperkenalkan saya kpd kawannya yg memgusahakan perniagaan top-up dan mencadangkan utk mencubanya.

Percaya kpd kata2nya bahawa BestMobile adalah yang terbaik dipasaran masakini 2015 iaitu merupakan CEO dan pengurusan atasan yg terdiri dari orang2 Melayu merupakan satu alasan yg baik utk meyakinkan saya sebab Bangsa Melayu ini mejoritinya adalah jujur sebab berpegang kepada ajaran agama Islam. 

BestMobile juga menawarkan harga yg terendah bagi bayaran yuran penyertaan dan menfaat lain. Ahli baru cuma perlu membayar RM49 modal untuk menyertai program ini.

Kelebihannya juga banyak iaitu dgn tawaran insurans sebanyak RM100 ribu berbanding dengan pesaing perniagaan ini lebih hebat.

Sistem yang digunakan adalah sama dgn sistem MLM lain dgn menggunakan eWallet bagi mengesan bonus dan tajaan peringkat bawah.

Pada minggu pertama, saya telah berjaya menarik seramai 12orang ahli termasuk suami, anak2 dan keluarga terdekat. Bonus tajaan dan penggunaan dlm eWallet saya adalah sebanyak RM121 

Jumlah keahlian keseluruhan bertambah dengan pantas setiap hari. Ini dapat dilihat pada ID orang baru yg kita daftar.

Pada bulan kedua saya menjalankan perniagaan ini, saya mendapati sudah menampakkan kelemahan iaitu orang diatas saya tidak mendapat komission hasil daripada usaha saya sebagai orang bawahan.

Khamis, 6 Ogos 2015

Best Mobile Wealthy (BMW -Team ): Cara alternatif mengatasi bebanan GST, kenaikan ha...

Best Mobile Wealthy (BMW -Team ): Cara alternatif mengatasi bebanan GST, kenaikan ha...: Sejak Akhir2 ini akibat ketidak cekapan pengurusan ekonomi oleh pemimpin pihak kerajaan rata2 Rakyat mengeluh dan mengadu domba tentang kepe...

Best Mobile Wealthy (BMW -Team ): Platform Keahlian BESTMOBILE

Best Mobile Wealthy (BMW -Team ): Platform Keahlian BESTMOBILE: BESTMobile adalah jenama baru bagi Kad Prabayar yang akan berada dipasaran dan diedarkan oleh BESTMOBILE MALAYSIA BERHAD melalui Program Kea...

Rabu, 5 Ogos 2015

Niaga Terkini: Perniagaan yang paling mudah ditutup.

Niaga Terkini: Perniagaan yang paling mudah ditutup.: BestMobile merupakan satu perniagaan yang paling mudah ditutup. Maksud ditutup disini bukanlah membawa maksud perniagaan itu ditutup buat se...

Selasa, 4 Ogos 2015

Perniagaan yang paling mudah ditutup.

BestMobile merupakan satu perniagaan yang paling mudah ditutup. Maksud ditutup disini bukanlah membawa maksud perniagaan itu ditutup buat selama-lamanya tetapi tutup dari segi penyertaan peserta.

Prospek lebih suka perniagaan ini sebab ianya murah dan murah disertai. Untuk mendekati pelanggan, penaja hanya perlu beri info sedikit kepada pelanggan dan pelanggar akan turut serta dan menjadi ahli.

Dari segi perkhidmatan pula BestMobile memberi perkhidmatan yang baik setanding dengan syarikat-syarikat telco yang lain seperti Celcom, Maxis, Umobile, DIGI dan lain-lain.

Namun demikian ramai yang tidak mengetahui perkhidmatan yang diberikan oleh BestMobile melalui FRIENDI Mobile yang sudah terkenal diseluruh dunia. 

Bagi pengguna lokal Malaysia mereka hanya popular dengan Celcom, Maxis , umobile & DIGI.


Rabu, 22 Julai 2015

Perniagaan Paling Mendapat Sambutan 2015

Hasil dapatan daripada Pencarian yang mungkin tidak diperolehi daripada sumber internet, Perniagaan yang baru dilancarkan pada bulan Mei lepas ialah perniagaan simkad BestMobile. 

Konsep yang berasakan REFERRAL program yang lebih kurang sama dengan TuneTalk atau ToneExcel yang dilancarkan 5 tahun lepas ternyata telah berjaya melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya jadi jutawan walaupun pada usia muda.

BestMobile adalah perniagaan berlandaskan jual perkhidmatan kepada pengguna, ia menggunakan network BestMobile dan Maxis untuk perkhidmatan d seluruh negara. 

Perniagaan ini telah mendapat sambutan hangat daripada pengguna, apa tidaknya tidak sampai tempoh sebulan, Syarikat ini telah berjaya mendapatkan ahli sehingga 68,000 orang ahli VIP. 

Sehinggalah artikel ini diterbitkan keahlian  VIP telah mencapai 120,000 orang ahli.  Bayangkan betapa hebat sambutan daripada pengguna yang amat berpuas dengan perkhidmatan yang murah ini.  


Isnin, 20 Julai 2015

Selamat Datang Ke Blog Niaga Terkini.

Blog Niaga Terkini memberikan info-info terbaru berkenaan bidang perniagaan yang sedang hangat dan cepat memberi keuntungan.

Perniagaan yang dimaksudkan adalah perniagaan yang dilakukan didalam rumah iaitu sesuai untuk orang-orang yang malas pergi ke pejabat2 atau ke tempat2 di mana mereka kerja. 

Trend masa kini adalah dengan menjalankan perniagaan dari rumah dimana ia ternyata lebih mudah dan menjimatkan kos. Melalui bantuan teknologi internet masa kini manusia semakin mudah untuk menjalankan urusan terutama dalam bidang perniagaan. 

Dalam Quran juga dinyatakan 99% rezeki itu adalah datang dari perniagaan. Maka kita perlu rebut peluang2 yang ada untuk mengenal pasti apa jenis perniagaan yang sesuai untuk kita jalankan disamping perlu ada minat dalam bidang yang diceburi tersebut.

Akhir kata dalam blog ini marilah kita kongsi bersama2 ilmu yang kita pelajari Dan pengalaman yang kita lalui untuk menfaat dan kebaikan bersama. 

Sesungguhnya manusia itu dilahirkan masing2 dengan keunikan yang tersendiri. Saya kongsikan hanya berdasarkan pada pengalaman dan pengetahuan saya yang terbatas.

Segala pandangan dan pendapat atau respon juga amat dialu-alukan bagi tujuan peningkatan persembahan blog saya ini.

Semoga blog ini akan memberi menfaat